Subscribe

Friday, April 30, 2010

Kelahiran Azryl Daniel ke dunia


Pertama-tamanya ku sebagai hamba kerdil lagi hina memanjat kesyukuran kepada Maha Pencipta kerana telah mengurniakan zuriat yang amat comel,cukup sifatnya...seorang bayi lelaki.Ku beri namanya Azryl Daniel.Kedengaran seperti nama mat salleh.tapi Azryl sebenarnya malaikat izrail dalam english version.Daniel pula seorang nabi.Beratnya mak ai fuh semangat, dekat 4 kilo.hebat anak mummy nih.hehehehe.Ku tidak melahirkan anak ini secara normal kerana kekuatiran bahawa kekuatiran doktor yang baby ini besar, air ketuban ku sudah sedikit.Walaupun diberi pilihan untuk dipaksa bersalin secara normal(induced) tapi ku memilih ceaserean demi keselamatan anak teruna ku yang satu ini.


Alhamdullilah,sebaik sahaja azryl dikeluarkan kot tingkap(org tua tua punya ayat untuk ceaserean),kudiruh mencium bayi lelaki ku ini.hehehe.time tu perasaan susah nak cakap macam mana.takjub ade, sedih ade,happy pun ade, risau pun ade.10000 satu rasa dalam satu ketika.cewah!!!matanya yang bulat dan terkebil kebil tu menbuat aku lupa sekejap time tu walaupun perut aku still di cincang ke ,dijahit cam jahit jala oleh dr-dr tu(time tu nak raya cina,ape yang digodek dlm perut aku pun aku tak tahu.dr nak cepat.)


Lebih kurang 4 jam lebih aku dalam labour room termasukla dalam bilik pemulihan.nak pantau jantung, and aku punye blood preassure....Manakala suamiku pula setia menanti diluar bilik.Sampai tertido la dia menunggu ke.hehehehe.terpisat pisat dia, bila nurse kejutkan dia suruh bantu angkat aku untuk pindah katil....


Sebaik sahaja tiba di wad biasa buleh tak aku muntah?mungkin kesan ubat bius.berkali kali jugakla aku muntah.bukan muntah ape pun, air aje.yela puasa lebih 12 jam.Mana tahan mak..hohoho.Aku tak dapat melihat anak ku sehinggala di malam harinya kerana keadaan tak mengizinkan aku bgn.ku cuba duduk tapi berpinar.setelah beberapa kali mencuba barulah buleh duduk.hehehehe.Ade yang kata ghupa kau tak macam operate pun.yela mulut ku sibuk mengomel itu ini.sempat wat lawak ngan nurse kat situ.hehehehe.


Oh ya azryl daniel dilahirkan tepat pukul 2.08 petang ,hari jumaat di HKL.Wad yang kami berdua duduki ialah wad kelas tiga (3B).Terperanjat bukan?Bagi ku, ku tak kisah la duduk wad wad kelas tiga pun kerna ku dapat ramai kawan ibu-ibu.banyak pengalaman yang kukutip sewaktu duduk disana.Layanan nurse?alhamdullilah nurse baik-baik belaka.Bersalin di Hospital Kerajaan tidakla seburuk yang disangka.Atau mungkin juga aku bertuah?huhu.apepeun aku bersyukur.....


Sewaktu aku mula-mula memangku azryl..timbul rasa sayu....comel sungguh anak ini..syahdu jer rasa time tu.Ku buat pertama kalinya gagahkan juga dimalam hari untuk cube memberinya susu ibu time tu...susu awal yang walaupun sedikit tapi nilainye amat besar ...yang diberi nama colostrum.mula mula agak lama jugak dia nak menyesuaikan diri..tapi lagi satu keajaiban tuhan...dia berjaya menghisapnye juga...alhamdullilah......


Cerita pasal breast feed ni akan ku bukak entry lain nanti...

Okla..sampai disini dulu,ku sambung lagi bila berkesempatan ... :)