Subscribe

Monday, May 13, 2013

Sok sek sok sek PRU 13

Halu,

Mak jemah kembali lagi  :)

Apa khabar semua?Sihat?Ok mak jemah nyer kereta dah keluar ICU cumanya tak berani nak speed melampau takut ade pulak spart part tertinggai atas jalan.heheheh.Total habis 4 ribu. :).Ni pun rasanye kereta ni kena jadi pesakit luar plak tak lama lagi sebab ade lagi bunyi yang tak enak didengar.I think tak critical.Cumalah elokla berjaga jaga supaja tiada kerosakan beso plak.Koyak dah poket mak ni..huhu...

Oklah..enuff bab kereta, ni negara kita ni baru jer melepasi tahap kritikal dimana time nilah RAKYAT ni raja sebab keputusan siapa yang nak mentadbir negara terletak di tangan rakyat.huhu.Tahun ni banyak tul drama drama yang mak rasa tak elok la sebabnya?persepsi dunia terhadap negara kita sedikit sebanyak tercemar dek anasir anasir yang nak memecah belahkan kaum.

Depa kata undi adalah rahsia kan?Mak tak mau rahsia.Mak memang setia dengan BARISAN NASIONAL.kikiki.Mesti ada yang nak banned mak kan?Ini terpulanglah pada individu ..pada mak berlainan fahaman politik tidak bermaksud menamatkan ukhuwah yang terjalin sekian lama nye.Memutuskan sillaturahimkan haram disisi ISLAM.Tapi mak juga tidak menolajk perjuangan PAS yer..mak kureng sikit dengan manifesto PKR dan DAP.Sebab?
PKR ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan Anwar Ibrahim.bukan untuk rakyat.DAP pula memang sah sah mak ingat 13 mei 1969.Walaupun kini mereka perjuangkan hak rakyat..kununnya.Tapi mak rasa ada agenda yang tersembunyi.

Mereka kata pendidikan boleh kasi free..Sapa tak suka benda free, negara takkan bankrap kalu kasi pendidikan free.Tapi akibatnya?tgk sajelah sekrang ni hak surh bayar pun ramai anak melayu melingkup separuh jalan...ni kan free?Perkara pertama yang mereka dapat duit PTPTN , beli handphone canggih manggih.bukan auta .INI FAKTA.mak pernah jadi student dulu.And sedangkan berbayar pun depa bleh ponteng kelas inikan free?Akibatnya tiada kualiti siswazah yang graduate dr universiti tempatan.Bukan susah nak free, belajar kasi dapat pointer 3.8..freela..alahai bedah...mak tak taula nak kata apa.

Ya kini selangor dibawah pemerintahan PR.Mereka kata tanah rezab melayu dah naik percentnya.HArga rumah pun sama naik jugak.Takdalah nak mimpi jumpa rumah 150 k dlm kawasan selangor ni..Ini juga membebankan rakyat.tapi tula..manifesto mereka kebanyakannya tak relevan.Begitu juga BN,

Rasanya BN perlu lakukan sesuatu untuk memenangi hati rakyat balik.Kini golongan muda ini dahagan ilmu agama.Nah!hentikan segala konsert monsert yang tak dak pedah tu.Mantapkan sistem pengangkutan aam untuk menangani isu kesesakan jalan raya yang melampau,Dan rasanya Rosmah MAnsur perlu duduk diam diam kat rumah jaga makan minum najib only.NAk soping soping online sajo macam mak. :P.

PAS pulak?Jangan jadikan HUKUM HUDUD sebagai agenda politik dengan mengatakan bahawa hukum hudud untuk orang islam sahaja.Anda perlu jelaskan bahawasanya HUKUM HUDUD ini adalah undang undang islam dan sesiapa yang berada didlm negara ini termaktub didlm undang undang ini.NO BEERS, KAsino kat genting tutp,kedai no ekor tutup, tada rumah urut, Beer dan arak tidak dijual secara terbuka, Kilang arak kat shah alam sebesag besaq alam tu WAJIB TUTUP.Bersekedudukan  walaupun non muslim TAK BOLEH.

POKOKNYA semuanya harus berlandaskan syariat.Bukan org islam aja tau yang kena.

hmm giulah sok sek sok sek mak jemah.Anwar Ibrahim dah dahla dengan road tour anda.TUHAN tak izinkan anda jadi PM lagi.Rkayat kita ni tak susah mana pun.Sekrang yang mintak sedekah bangsa asing.Bukan orang kita.Next time PRU 14 ade lagi.Janganlah sibuk buat demonstrasi jalanan murahan itu.Datuk ingat rakyat tak dak kerja ka?

terimalah kekalahan dengan hati yang terbuka.U will gain more respect because of that.Raja Nong Chik kalah ngan Nurul Izaah tak dak sibuk nak protes pun.Hang ja lebih.huhu.

Sekian untuk kali ini.

Psst...Musim harum manis datang lagi..MAngga yang agak terbaik keluaran negara kita di PErlis.Sedap Yum yum. :)

2 comments:

shaliza said...

oitt lama menyepi tu..tup2 buat analisi PRU13...huhu
betul tu..apa saya fahaman politik takper sampai ikatan ukhwah putus...peace no war:-)

linziana said...

hehehe... lin tak pernah amik tahu cuma kali ini lin amik tahu sebab lin risau dengan keadaan melayu yang beragama islam kita. :(