Subscribe

Thursday, April 4, 2013

Something to Ponder #4


Hidup Ini Singkat ...Buat apa mecari kesalahan orang lain ..sedangkan diri sendiri banyak yang perlu diperbaiki.Peringatan ini untuk diri saya, suami dan ank-anak saya.Rasanya dah berpuluh kali me katakan bahawa kejadian kehilangan arwah adam sungguh terkesan di hati ini.Dan misi membetulkan diri sendiri telah pun bermula saat me menziarahi pusaranya buat kali pertama.Mummy janji dekat adam mummy akan berubah.Mummy janji untuk jadi mummy yang baik buat adik mu dan abang mu.Mummy janji ingin menjadi isteri yang solehah.Syurga mummy di bawah tapak kaki ayahmu.Kerna setiap dosa yang mummy buat kini ayahmulah yang menangungnya.Iya adam, mummy ingat itu.Kita pernah bertarung nyawa di meja pembedahan dimana kamu memilih untuk menyelamatkan mummy dengan mengorbankan dirimu.Sedari kecil lagi kamu telah buat sesuatu yang mulia nak.Dan mummy terlalu ingin berjumpa dengan mu walaupun hanya untuk seketika di dalam tidur.Oleh yang demikian..mummy semakin mendekatkan diri mummy kepada Allah agar mummy dapat diberi peluang berjumpa denganmu kelak. Mummy tak boleh tulis panjang panjang kerana air mata ini akan mudah terhambur begitu sahaja apabila mengenangmu.Mummy sentiasa sayangkan kamu  Adam.


0 comments: