Subscribe

Wednesday, April 3, 2013

Bila umur sudah lanjut



Bila umur sudah lanjut, terasa sudah mahu expired, terasa saat untuk dijemput ilahi sudah tiba...terus terang aku mengatakan bahawa kehilangan adam banyak memberi aku pengajaran yang berguna,Pertama,nikmat nikmat yang selama ini yang DIA berikan kepada ku aku tak sedar, aku alpa sehinggalah dia menarik semula anugerah tidak ternilai itu,.Kedua aku ingin berubah menjadi ibu yang lebih baik, menjadi isteri yang baik buat anak ku dan suamiku.

Tanggal 30 haribulan mac 2013 genapla usia ku 29 tahun.Suatu angka yang tidak akan semakin menrun malahan akan semakin menaik sehingga dijemput ajal.Suamiku datang di hujung minggu.hehehehe.Kononnya nak buat surprise tapi sebab aku boleh membaca benak fikirannya maka tak jadikla surprise nyer itu.Kami buat upacara potong kek di rumah.Makan makan dan jalan jalan di putrajaya yang ketika itu ada pameran belon panas..Pack sungguh aktiviti di hujung minggu. :).Penat tapi suka.Penat tapi bahagia.Penat tapi bersyukur.Dikala kami masih lagi bersedih dia atas pemergian putera kami..kami berusaha juga membuat hubungan kami sekeluarga erat.Dan pada hari itu kami juga berbincang untuk menaikkan taraf hidup kami dan masa depan Azryl.Pilihan yang terbaik semstinya aku berpindah ke Perlis.Ya itulah cita cita ku berada dekat disamping suamiku.Tapi buat masa sekrang tidak lagi.Dia ada menyuruhku menyambung pelajaran..Insyaaallah dalam masa terdekat mungkin UM la pilhanku untuk menyambung pengajian di peringkat masters.Doa doakan semoga plan ini berjaya sebelum aku mengandung semula.


Buat cinta hati saya, SAYA MENYAYANGI KAMU KERANA ALLAH.Jodoh kita telah ditetapkan semenjak aZali lagi.bagaimana saya cuba menolaknya berulang kali namun kita masih bersama.Iya sapalah kita untuk menafikannya.Terima kasih diatas segalanya.Insyaallah kita sesama doakan keluarga kita mendapat rahmat dari DIA ye bang?

P/s:Batu nisan adam kita tak letak lagi...Harapnya kita berkesempatan berbincang dengan imam yang memandikan jenazah adam dulu.Sayang azryl dan abang ketat-ketat.


0 comments: