Subscribe

Saturday, December 1, 2012

Kenapa Adam Pergi tinggalkan mummy?

Me ingin sekali melahirkan adam secara normal tapi telah tersurat normal bukan jalan yang baik untuk me dan adam...Adam tiada kerana jangkitan kuman akibat berada di pintu faraj terlalu lama..tapi disebabkan kepalanya di pintu faraj dia telah menyelamatkan me dari mengalami pendarahan dalaman yang teruk.Adam dikeluarkan secara c-sect.dan c-sect yang ku alami kali ini bukan sekadar c-sec yang biasa...Aku juga mengalami scar rupture akibat terlalu lama meneran...jadi makanya dr juga cuba menyelamatkan rahimku dari dibuang.Dan selepas ini..jika ku mengandung..c-sec sahaja pilhanku...

Mummy tak dapat pegang adam dek kerana kesan dadah yang melampau dalam badan mummy..mummy hanya mampu mengatakan mummy so sorry baby..mummy so sorry...anak mummy cukup sifatnya...mulus kulitnya...wajahmu persis abang sulong mu..dan mummy sedaya upaya menyeka air air mata ini dari tupah setiap kali mummy memandang abang sulong mu...


Hanya kerana abang sulungmu mummy cuba sedaya upaya bertahan sayang...separuh nyawa mummy pergi bersama dengan mu....Sewaktu di hospital mummy menolak semua yang ingin melawat mummy bukan kerana apa..mummy tak kuat sayang...mummy hanya akan menangis dan menangis dan menangis...


Mummy tahu anakanda mummy berbahagia di sana..Insyaallah bila mummy dah kuat sikit mummy akan ziarah pusaramu sayang...Al-fatihah buat anakanda mummy yang mummy sayang...

7 comments:

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

Sebak :(

nani doakan semoga Lin tabah hadapi semua..banyak bersabar ye Lin..Azryl ada untuk Lin..

Feed by Ummi Najla said...

Lin. Wordless.

Semua ini sudah tertulis sejak azali. Tiada apa yang dapat menghalang pemergian adam. Adam tahu betapa ibunya sudah lakukan yang terbaik. Bukan mudah nak beri kata-kata terbaik buat Lin. Hanya Lin yang tahu rasa kehilangan ini. Be strong.

Jiey^Mien said...

*teary eyes*

Perginya Adam sebagai pejuang yang dihantar olehNya sebagai penyelamat ibunya..

Al-Fatihah Adam Mikhail si anak syurga.

Dik, 'be strong' adalah dirasakan overrated di dalam setiap situasi yang mana kita diuji dan teruji. Namun sesungguhnya, hanya itu kata yang ada.

Ketentuan Allah adalah rahsia Allah.

shaliza said...

Lin,
Sabar dear, Azryl juga memerlukan mummynya kan? Adam dah bahagia di Jannah. Kuat ya Lin.

Unknown said...

sabar lin..maria doakan lin tabah n kuat utk hadapi semuanya..adam syg mommy..jg emosi ye lin..semoga lin baik2 di sana..

Moonchild said...

sabar lin...besar sungguh dugaan ini..smoga lin trus kuat menghadapinya...x dpt me bygkan keadaan lin n baby mase berjuang itu...ya Allah..smoga semuanya baik-baik saja untuk lin selepas ini...

hawanie said...

Lin insan terpilih utk dianugerahkan ujian2 yg sgt hebat bg Hawa. Seorg isteri yg tabah, setia & sgt redha, seorg ibu yg sgt2 bertanggungjawab. Insan2 sebaik Lin lah yg slalu ditimpa dugaan berat2...byk hikmah menanti..masa akan tentukan..insyaAllah..