Subscribe

Wednesday, July 11, 2012

Antara Nasib, Suratan dan Takdir.

Nasib,suratan dan takdir rasanya membawa maksud yang sama..tul tak..Hence setiap insan diuji dengan perkara yang berbeza..Beberapa hari ni me memang rajin berblogwalking..and stumble upon beberapa blog yang cukup menyentuh jiwa dan perasaan me..Mostly memang mommies punya blog la me suka baca..how they handle their kids while working, ade blog tentang how they tried everything in order to conceive..Ada juga diuji dengan anak yang sakit dan ada juga blog dimana insan diuji dengan kehilangan anak yang dikandung ..Tak kala membaca semua coretan dan luahan hati seorang ibu ini..memang senang benar air mata ini gugur..mungkin sebab hormon tapi selasak-lasak me sebenarnya jiwa me sangat tersentuh..mereka-mereka ini begitu tabah dalam menghadapi ujian yang diberi.And me percaya mereka diuji sebegini kerana mereka mampu menanganinya dengan baik walaupun adakala nya rebah..walau pun adakalanya perasaan mereka tidak dpat dikawal..

Semua cerita kehidupan insan lain di alam maya ini membuatkan me berfikir sejenak..sesungguhnya dugaan yang menimpa me idokla seteruk mana..Alhamdullilah azryl anak me sihat, me juga sihat..walaupun hidup keseorangan tanpa suami menemani..dan lebih lebih lagi me memboyot sambil terpaksa mengharungi lebuhraya kl seremban di pgi hari dan pulang menjelang senja ..tapi me masih lagi mampu melakukan semuanya keseorangan.Walaupun me diuji dengan masa silam yang agak pahit untuk dikenang ditambah lagi apbila suami menduakan me tanpa me mengetahui...ya..apalah sangat dugaan itu jika di duga dengan kehilangan zuriat tercinta.Di duga dengan penyakit yang kronik..sesungguhnya diri ini terasa kerdil sekali.

Walaupun kadang-kadang me terfikir aduhai alangkah indahnya jika suami sentiasa disisi seperti juga wanita lain...tidak perlu keseorangan setiap kali nak-nak time emergency contohnya jika azryl sakit.Memang tak sempatla husband me terbang hari tu jgk.Sudahnya me la yang uruskan segalanya seorang diri.

Haih!memang fitrah manusia itu memang sentiasa tak cukup dengan apa yang ada.Kadang-kadang lupa akan nikamat yang diberi and me termasukla dalam golongan pelupa itu.Sepatutnya me bersyukur diatas segala yang diberikan.Walaupun berseorangan menguruskan segalanya namun kami anak beranak cukup makan,azryl diberi kesihatan yang baik,tempat kerja me sangat memahami tugas me sebagai seorang ibu.Dan suami pula wlaupun terpaksa berkongsi kasih namun..dia tidak penrah melupakan tanggungjawabnya hatta kami kami terpisah berqatus kilometer jaraknya disebabkan kerja.Mungkin satu hari nanti me akan behijrah ke utara nun..tapi idokla wat masa sekarang..

kerna me ingin kutip sepuasnya pengalaman disini dahulu...memberikan yang terbaik buat azryl dan adiknya..


Semoga hati ini terus tabah, semoga kekuatan dalaman diri ini terus kuat bagi menempuh ahri yang mendatang.Buat insan merangkap wanita dan ibu diluar sana yang diuji..bertabahla wahai saudaraku kerna anda merupakan golongan terpilih untuk ujian yang sedemikian rupa.Balasan yang baik pasti menanti mu...


kerna "Tuhan tidak akan menguji seseorang itu lebih dari apa yang mampu ditanggungnya".Semoga ada sinar bahagia yang menanti mu...amin...



3 comments:

Hanani Hamid ( Ticer Nani ) said...

OMG, ur entry buat i rasa speechlees and wajib follow u. Anyway, be strong babe. Tq follow me. U know wat, u make me strong. Salam kenal - nani

Moonchild said...

betul tu dear...
semua org diuji dgn cara yg berbeza...namun yg pasti sumenye ade hikmah tersembunyi...

Unknown said...

semoga lin tabah harungi semuanya..ameen..