Subscribe

Monday, June 18, 2012

Alam ingin mengajar kita lagi

Negara dilanda jerebu lagi.Masalah pencemaran yang datangnya dari kesalahan kita sendiri.Walaupun kita diasah sedari bangku sekolah lagi tentang pentingnya menjaga alam sekitar, namun pernyataan itu seolah olah ayat wajib di dalam buku teks.Tak ada pemahaman walau sekelumitpun tentang isu ini.Akhirnya bahana ini ditimpa diatas anak-anak kita, cucu cicit kita.MAsalah kesihatan yang tidak berpenghujung.
Walaupun dicorong corong radio, di kaca televisyen  gigih menyiarkan kempen kempen penjagaan alam sekitar, namun kita semua buat buat pekak dan bisu.Mata ini pernah menyaksikan dengan sendiri orang dengan sewenangnya membuang sampah atas jalan raya.Udahla memandu laju, sesedap rasa buang kertasla buang tisu la, buang plastik makananla macam jalan itu ekau yang punya.Walhal kite sesama bayar cukai.tindakan ini bukan sahaja mencemarkan alam yang tak berdosa ni, tapi merbahayakan penunggang motosikal dan pemandu jalan raya yang lain.Sodar tak?

Kadang kadang diri ini terfikir apa faedahnya manusia di atas muka bumi ini jikalau hanya kemusnahan sahaja yang mampu dilakukan oelh kita manusia sejagat ni.Entahla...

Alam dah banyak memberi kita kesenangan, dibiarnya kita toreh paksi nya dibiarnya kita menebang nadi nya , dibiarnya kita korek perutnya..namun  disebabkan manusia ini sifatnya tamak..langsung tiada perasaan belas kasihan terhadap alam yang banyak memberi...

Apakah definisi sebagai negara maju itu tercapai apabila generasi kita yang dikemudian hari memikul tong tong oksigen tak kala keluar dari rumah...?Ataupun segala hidupan yang Allah ciptakan untuk kita hayati kebesaran-NYa hanya kita dapat lihat fosilnya shaja dan gambar dimuka-muka buku sahaja?Itu, hanya kita sahaja yang mampu menjawab...

Fikir-fikirkanla..mulakanlah dengan langkah yang paling kecil.BUANG SAMPAH DALAM TONG SAMPAH.perkara yang paling senang dan ringan namun itu yang paling susah untuk dilakukan...