Subscribe

Thursday, May 10, 2012

sOK SEK sOK sEK Joyah

Hari ni, me nak menjoyah sikit pasal orang kite ni dalam berbual kosong.Nama pun berbual kosong,jadi macam-macam la topik yang keluar ye dak.

Kalu pasal rumahtangga,kadang-kadang rakan kita ni adala menyuarakan masalah dia.Mungkin dia sudah tahu apa yang perlu dibuat, dia hanya mahu telinga yang mendengar dan mulut yang bisu.Ya...cukup sekadar mendengar.Tak perlu jadi kaunselor percuma la pun.Tapi segelintir dari kita ni suka benor mengomen.Kalu komen yang membina takpe.Tapi ini macam menghasut untuk bercerai plak.Kadang-kadang me hangin.Ya hangin dengan manusia sedemikian rupa.Sesedap rasa je mulut yang tiada insuran itu suruh bercerai.Excuse me!Kau tak bagi sesen pun duit kat orang tu,Kau tak pun diuji sedemikian rupa sedapla suruh orang bercerai?

Ada kau pikir nasib perempuan itu selepas bercerai?nasib anak nya selepas bercerai?Ayat yang tak boleh bla sekali ialah..."Susah sekali harung jer, asal tak makan hati..jer"Ayat sebegitu untuk memuaskan hati sendiri tanpa memikir jauh apa yang jadi kehadapannya.Adalah lebih baik kalu tak reti langsung nak bagi nasihat kunci saja mulut itu sambil mendoakan yang terbaik bagi si wanita tadi.Huh!memang patut kuasa talak bukan di tangan wanita kalu tak, tak tahu la apa nasib institusi perkahwinan itu.Kahwin , cerai bukan boleh sesedap rasa dibawak main.Setiap perkahwinan ada pancaroba yang tersendiri.Jikalu anda tidak dilanda masalah begitu BERSYUKURLA BEBANYAK.Bila dah terkena atas batang hidungmu sendiri barulah kau tahu apa yang dirasa oleh wanita malang itu tadi.

Bagi me,penceraian bukan jalan yang terbaik.Seeoknya dibincang sedalam-dalamnya dulu dengan individu yang arif dalam hukum hakan agama.TUHAN kan ada.Setiap masalah ada jalan selesainya.Kalu tak ada anak, fine nak bercerai itu kau punya pasal.Jika ada anak, bahana dan impak penceraian itu akan memberi kesan yang sangat dalam buat anak.

Tenung mata anak sedalam-dalamnya, Perkahwinan bukan sekadar menghalalkan seks semata-mata, tolak ansur,timbang rasa, berfikir secara rasional termasuk didalam konteks perkahwinan itu sendiri.

Tak payahla kita menjoyah sampai nak pepandai nasihat suruh orang bercerai.Tak baik Wokey??Kalu rasa tak tahu nak kata ada adalah lebih baik diam.Kalu bersimpati tapi tak mampu tolong apa-apa, doakan semoga akan ade penyelesaian bagi kemelut rumahtangga dia.Bukan mencurahkan minyak panas lagi ...


Sekian dari si karut joyah.

3 comments:

Aishah Rahim said...

Lin, awak dah terima tak email nota untuk BS tu?

linziana said...

jap ye sya, lin tak buka email lagi..

shaliza said...

Salam..kannn
nampak macam ambil berat..tapi busy body jer benarnya...