Subscribe

Thursday, February 9, 2012

He is reaching two years old

Hi Peeps,

since i will be on leave tomorrow so i decided to make a special entry for my sweet chempedak nangka durian goreng. :)

Sepatutnya dia dijangka keluar pada 10 haribulan Februari, tapi dia keluar pada 12 haribulan februari 2010, itu pun secara c-sect. Kalu dua hari lewat dah empat kilo. bayangkan kalu tunggu seminggu?tak ke berdesup 5 kilo?Pengsan!!!!!


Azryl daniel nama diberi,oleh tuan empunya badan yang merelakan badan digemukkan demi zuriat penyambung ikatan kasih antara mummy dan abah.

Disebalik kekurangan yang dimiliki alhamdullilah azryl membesar diselubungi kasih sayang yang memang tidak bertepi.Azryl hanya dapat yang terbaik, tiada kompromi.Walau mummy tak dapat beli seluar baju baru, but mummy puas anak mummy membesar dengan jayanya.


Perkembangan tumbesaran azryl sejajar dengan usianya.Idokla petah bercakap sepatah-patah,tapi sebutir dua perkataan tu dah buleh didengar.Mummy, hidung, mulut, bird, gigi, abah,mata,tadah tangan baca doa,aminkan doa..bulehla sesikit...

No rush lalink!U are very special in your own way kan?

Hadiah mummy untuk anak kesayangan bukanla sambutan birthday dengan sebijik kek,(actually mummy cuma nak beli dua potong kek jela azryl share ngan mummy, abah sepotong..tak elok makan benda manis,..lagipun azryl tak suka kek sangat jadi no point membazir).Hadiah mummy untuk anak kesyangan ialah mummy baru jer start buat dana untuk azryl punya pembelajaran kelak.Tak payah dah kita pinjam meminjam loan piti-pitipu tuh.Kalu buleh kita minimisekan hutangg.Tang mana kita buleh save kita save.Sebab seandainya mummy tutp mata awal pun mummy tak gusar , azryl punya bahagian ada..(Ajal maut ditangan tuhan kan)

Kalu mummy dapat duit terpijak dari gunung semambang ker mummy tambahla lagi nilai simpanan tuh.huhu..impian mummy nak tengok azryl berjaya menjadi seorang insan, berguna untuk bangsa dan agama,anak yang bakal mengimamkan jenazah mummy nanti..besar cita-cita dan harapan mummy untuk azryl nak..

Akan ada suatu masa nanti azryl akan tersasar dari landansan yang benar, takpe, manusia belajar dari kesilapan, dan mummy sentiasa ada untuk azryl..

Ketahuilah segalanya yang mummy buat hanyalah untuk kebaikan azryl.Kini hanya masa depan azryl fokus mummy dan abah.Kita mungkin kurang dari segi harta, tapi ketahuilah ada lagi insan lain yang lebih daif dari kita,Mummy bersyukur dengan nikmat yang diberi yakni kesihatan tubuh badan mummy bagi membesarkan azryl. :)

Selamat hari lahir sayang,Bilamana kamu dilahirkan, mummy sekali lagi diberi limpah kurnia dan Rahmatnya untuk menjadi seorang ibu.Terima kasih kerana sudi membenarkan kami menjadi kedua orang tuamu . :)

Azryl daniel , cempedak goreng paling sedap di mata mummy dan abah.Yum!

2 comments:

Moonchild said...

hepi birthday azryl....
smoga trus membesar dengan sihat dan bijak...

Salina@IbuAqil said...

Happy Birthday in advance sayang..
Moga mendapat rahmat & keberkatan Allah swt..
Jadi anak yg soleh serta hambaNYA yg taat..
Amin!!!!! ;)