Subscribe

Tuesday, November 29, 2011

Salam tahun Baru

Selamat Menyambut tahun baru buat saudara-saudara muslim di luar sana. :).Rasanya bagi ibu-bapa cuti panjang berjela dan mungkin ada yang sambung cuti bagi menghabiskan baki dan sisa anual leave tu sampai minggu depan.hehehehe.

Jadi apakah hajat dan impian saya pada tahun hadapan?


1.Saya mahu KURUS!!!!(Sila mari wahai azam ...tolong saya..saya tak mahu diet separuh jalan)



2.Tuhan Kurniakan saya kesabaran yang tinggi buat saya untuk mendidik anak teruna yang semakin membesar ini dan juga menjadi seorang isteri yang baik.



3.Saya mahu gaji saya naik.(Hai bos dah nak masuk lima tahun saya kerja tolong up kan lagi gaji saya wokey?)


4.Saya mahu jadi orang yang senantiasa tersenyum walau dalam keadaan apa jua sekalipun.


Nanti me tambah kalu ada penambahan yang lain.Jadi makanya buat rakan blogger yang dah mula bekerja , jom yuk! sama-sama kita 'rock' pagi ni di saat yang lain tengah bercuti.hehehehe...(senyum pahit).

0 comments: