Subscribe

Thursday, November 24, 2011

Payung Emas Vol.2

Bagaimana harus dimulai bicara..tersilap kata, maksudnya lain lantas memberi gambaran lain buat si pembaca.Tapi ingin ditegaskan yang penulis hanya menulis untuk diri sendiri sebagai pedoman untuk meneruskan hidup di masa akan datang.

Sedar tak sedar sudah hampir 5 tahun..pernikahan ku dengan suami dan dimadukan oleh nya.Suatu masa ynag cukup lama kami hidup berjauhan disebabkan kerjaya.Ada baik dan buruknya.Ada manis dan pahitnya.Masakan tidak , disaat diri ini benar-benar berada didalam keadaan yang memerlukan kehadirannya disisi, Sang suami tiada.

Sungguh hidup bermadu tidak semanis kurma dan tidak pula semanis madu.Ia menuntut kesabaran yang tinggi.sebagai isteri yang kedua pulak tu, faham-faham sajelah..dicerca oleh masyarakat tak usah cerita.Namun, isteri tetap isteri.No berapa pun, tugas sebagai isteri harus dilaksanakan dengan sempurna.syurga seorang wanita yang telah berkahwin terletak dibawah telapak kaki suaminya.Masyarakat hanya buleh mengata , tak kemana pun ..yang nak meneruskan kehidupan..si isteri tadi.Yakni aku.

Kalu di tanya kepada ku..bagaimana?ok tak ?Kau buleh terima bulat-bulat?adil ke suami kau?

Jawapan ku..dia tidak adil sepenuhnya.kerna hidup kami berdua berjauhan disebabkan rezeki sesuap nasi.Namun nafkah ku dan anak tak pernah diabaikan.Kami mula mengatur hidup kami semula setelah aku keluar dari rumah kedua ibu bapaku setelah menumpang sementara hampir setahun lebih...segalanya seperti baru bermula dek barang-barangku sewaktu hidup di kl dahulu habis ku berikan kepada orang lain..Kami mengesot perlahan-lahan namun...kami masih berupaya memberikan hanya yang terbaik buat azryl.
Mungkin tahun depan kehidupan keluarga kecil kami akan bertambah baik..

Bagi azryl, dia amat rapat dengan babahnya masakan tidak hampir saban minggu babahnya datang menjenguknya, menjaganya..(buleh me tido terlopong sejam dua huhu)..walaupun jauh tapi kami tetap dekat.Sebab itu aku tidak punya alsan untuk berasa jauh hati ..atau pun berperasangka terhadap suamiku.


Antara dia dan isteri pertamanya..aku langsung tidak ambil peduli.Biarlah..janji tugas ku sebagai isterinya dan ibu kepada zuriatnya ku galas sebaik mungkin.azryl juga telah kukenalkan kepada abangnya yakni anak suamiku hasil perkahwinannya dengan isteri pertamanya.Aku terima semuanya seadanya.Jadi..Tidak ada sengketa, dengki khianat langsung terhadap keluarga suamiku yang lagi satu.


Insyaallah ku harap perhubungan ini akan bertambah kukuh di masa akan datang.Nah!Jika dtanya..adakah aku gembira dengan kehidupan sekarang..jawabnya.Ya.Walaupun kami hidup serba kekurangan namun kami bahagia.Yang kecil-kecil usah diambil hati.Kata-kata orang ku tidak ambil peduli....fokus utama ku hanyalah memperbaiki kesihatan azryl, masa depannya..makan minumnya, dan persekolahannya kelak.Hidup ini terlalu singkat untuk disiakan begitu saja.
Perkahwinan ini mengajar aku erti kesabaran yang tidak bertepi, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi...buat masa ini sudah memadai apa yang aku ada...

Semoga..Ikatan perkahwinan ini tetap utuh dimasa akan datang...semoga azryl dimurahkan rezeki senantiasa...

^ ^
- peace no war

5 comments:

Salina@IbuAqil said...

I loike.. Loike dgn cara dirimu menjadi payung emas versi 2.. ;) menghormati yg pertama dgn harapn diri kita jg dihormati.. Insya'allah dear.. Baik niat kita allah permdahkan sgalanya.. Amin!!

Aan Andes said...

Lin, no 1 or 2 semua tu dah diatur oleh Allah. Yang penting we feel happy in the marriage. Kalau kita jadi isteri tunggal tapi setiap hari berendam air mata pun tak guna jugak. And jgn dengar cakap org, org boleh bercakap, yg nak menanggung, kita jugak. Tak semua org dapat merasai cinta, so keep it up ;)

linziana said...

sayang u ibu aqil..terima kasih kerana memahami.hati ini sudah mula bersa dekat dengan ibu walaupun kita tak pernah bersua muka. :)

linziana said...

aan dearie, u always there to give me support virtually...and thanks alot dear...muah.both of u made my day today

محمد رازيق said...

nice.menarik!! boleh buat novel la.. salam kenal.