Subscribe

Wednesday, October 12, 2011

Kenapa Hati manusia sukar difahami?

Mungkin kerana setiap dna yang dijadikan olehnya Maha unik.Hanya Dia sahaja yang MAHA mengetahui.


Hati ini mudah berbolak balik.Kejap disuruh ke kiri, sekejap disuruh ke kanan.Kadang-kadang aku rasa perkahwinan ku dan suamiku adalah suatu kesalahan, namun ada diantara harinya aku merasakan ia telah tersurat.Nah!ini adalah fakta dan bukan auta.

Aku mencintai suamiku bukan di atas syarat-syarat yang tertentu.Perasaan cinta lahir tanpa dipinta.Tuhan menggerakkan hati berdasarkan apa yang difikirkan oleh Hamba-Nya.(dipetik dari ceramah Fadhilah Kamsah).



Jadi buat insan yang sedang bercinta , tahniah kerana dikurniakan perasaan berkasih sayang ini merupakan anugerah teragung dari Ilahi buat manusia.Lebih elok diteguhkan lagi dengan ikatan suci perkahwinan dan dimuliakan lagi dengan Mengingati DIA Tuhan yang mengurniakan Perasaan kasih dan sayang ini buat kita.


Kasih Manusia tiada abadi ,

Sayang manusia tidak kekal selamanya,

Namun kAsih Tuhan tiada bertepi,

Malah tidak memilih dia itu kaya, berdarjat atau papa,

Apatahlagi kasih-NYA tidak pula berbelah bahagi.....

0 comments: