Subscribe

Monday, March 21, 2011

-Tiada tajuk Khusus-

Hampir bersawang blog ini ku tinggalkan...
huhu,
Bukan nyer ade pembaca setia pun jadi takpelah ye wahai blog...sesekali terlewat untuk mengupdate?

Wahai blog,
Ada sebab kenapa aku tidak menulis diaatas dada kamu kebelakangan ini.Biarpun dihimpit dengan lambakan tugas sepatutnya aku masih mempunyai masa untuk menjenguk kamu.

Namun blog, hati ini diruntun pilu...kerna, salah satu kekasih hatiku yang aku telah anggap darah dagingku sendiri telah pergi meninggalkan ku buat selamanya..Catriona rose walker..antara kucing peliharaan ku.Mungkin ramai akan tertawakan aku jika membaca ayat yang ku tulis ni."eleh kucing mati pun kau nak sedih sakan pasai apa?Bukan anak kau pun."Ya , catriona hanya kucing peliharaan sahaja"Namun kucing juga makhluk tuhan.sewaktu aku masih belum dikurniakan anak lagi catriona, aaron, kitty inky lah pengubat jiwa duka ku.Bila aku pulang dari kerja, mereka setiasa menanti depan pintu menyambut kepulangan ku.Catriona umpama anak kecil ku.Penghibur hatiku..
Catriona pergi kerana diserang sakit jantung secara mengejut.Innallilah...dia pergi dengan aku disisinya.Ku usap lembut keplanya disaat nyawanya tinggal dihujung-hujung...air mata aku tumpah tidak dipinta...

Catriona seekor kucing yang pintar sewaktu hayat hidupnya.Selalu bermain-main dengan rakan-rakan yang lain dan sangat suka dibelai.namun..ajal maut bukan di tangan kita..
Takpelah catriona mummy redha diatas kepergian catriona..mummy tahu catriona berada di suatu tempat yang paling bahagia..disana.Alangkah cemburunya mummy..
Terima kasih kerana sudi membahagiakan mummy walau untuk seketika.Walaupun catriona tidak ada lagi bersama mummy, catriona tetap hidup didalam hati mummy.
Perginya catriona tiada ganti.Semoga di sana nanti kita ketemu lagi ye sayang?Mummy dan azryl sayangkan catriona sampai bila-bila.

Jadi wahai blog,ingin aku kongsikan disini gambar catriona buat pengubat rinduku , pengubat piluku...
Catriona didalam kenangan...


Cumel sungguh anak mummy yang sekor nikan?Catriona mummy missed u so much already...
sob..sob

3 comments:

Salina@IbuAqil said...

Uwawawawawwa!!! dear, ina ni peminat fanatik blog ni tau.. asal ada entry baru sure baca.. sesekali je terlepas pandang.. walaupun jarang komen tp mst baca.. neway, takziah atas pemergian "cat".. semoga aman ia disana.. {last ina bela kucing dia mati digigit anjing jiran} mmg sedih sgt masa 2.. rasa nak tembak balik je anjing jiran ina 2.. hukhukhuk

linziana said...

ina..!!!!!!!!!!!!!!!!!!terharunya lin...thanks ina..tapi memang sedih la ina..dia sihat, makan macam biasa hari yang dia nak meniggal tu..pastu magribnya dah tak ade..
Walaupun ajal tu pasti tapi setiap kali nak menghadi pemergian yang tersyag tak kiralah orang ke, binatang ke, nak-nak yang dekat dengan hati kita agak berat sekali, walu tak rela..

terima kasih ina sebab sudi lawat blog lin yang tak seberapa ni...terharu lin tau.

qemaishak said...

walau hanya seekor kucing, tetap sedih sebab selalu dekat kita kan..takziah.