Subscribe

Monday, March 14, 2011

Jepun dilanda musibah.

Rasanya seluruh dunia telah mnegetahui betapa dasyatnya tsunami yang melanda di selatan jepun.

Walaupun di dada-dada akhbar menunjukkan kerosakan yang jelas begitu teruk namun realitinya pasti lebih teruk dari yang dipaparkan.Beberapa loji nuklear yang berada diselatan jepun juga mengalami kobocoran.Tahap radiasi masih belum ditentukkan sama ada bahaya atau pun tidak...

Hukum Alam..bukan di tangan Manusia...semuanya di tangan Dia.kejadian-kejadian sebegini rupa meyedarkan umat manusia bahawa walaupun setinggi mana ilmu manusia mengenai bumi ini..dan segala yang telah dikecapi.. namun bencana alam bukan di dalam bidang kuasa manusia.


Di saat bumi begegar..lautan bergelora..di saat kaki dan tangan kita seolah-olah diikat..fikiran jauh menerawang kosong..jantung pula berdegup kencang...namun di ketika itu..hati..ini terus berdetik teringatkan Sang Pencipta kita Yang Maha Mengetahui..lagi Maha Penyayang..Maka, hati terus berdoa agar segala nya selamat, agar nyawa masih terus panjang, agar..semuanya kembali sedia kala...

Lumrah manusia...pada masa kita merasakan dunia ini milik kita..kita lupa kepadanya-Nya..tetapi saat dunia digoncangkan hanya untuk beberapa ketika dan hancurlah segala yang ada dia ats muka bumi ini..maka hati yang lupa ini kembali mengingati Tuhan yang dilupakan selama ini..


Semoga penduduk di jepun selamat dan berada di dalam keadaan baik.Rasanya Malaysia bakal menghantar pasukan penyelamat.
Lagipun negara kita juga telah terhutang budi kepada jepun suatu ketika dahulu.Masih ingat Higland towers runtuh?diasaat negara kita baru nak membangun..?dengan kekurangan mesin moden..menyebabkan usaha menyelamat sedikit lewat..tetapi negara Jepun merupakan antara pasukan terawal tiba bagi menghulurkan bantuan?
Ku masih ingat lagi ketika itu...aku masih kecil..baru darjah tiga,

So inilah masanya kita membalas balik budi negara matahari terbit itu.Ku yakin Jepun akan kembali bangkit selepas musibah ini selesai.Kerana..mereka mempunyai semangat cintakan negara yang sangat luar biasa.Bagaimana mereka bangkit selepas atom meranapkan seluruh Jepun suatu ketika dahulu..begitulah juga mereka akan bangkit selepas ini....


Sama-samlah kita berdoa agar rakyat kita disana juga turut selamat.

1 comments:

Aan Andes said...

Kesian kan? Me pun baru tulis pasal ni, mmg effected sgt. Yup, they are very strong, boleh bgn sampai mcm skrg after WWII. So mesti boleh lepas ni. Tapi tu la..kesian sgt :(