Subscribe

Wednesday, February 9, 2011

Hari ini 9 haribulan.....

9 februari pada 2010...aku masih di tahap menunggu dengan penuh rasa berdebar-debar..kerana kalau diikutkan esoknya 10 haribulan 2 2010, azryl sepatutnya keluar melihat dunia...namun tiada tanda-tanda bahawa dia ingin melihat dunia.Mungkin disebabkan kusyen lemak yang mummy kumpul khas untuknya beradu didalam perut membuatkan dia sangat selesa dan tidak memilih untuk keluar lagi.time ni aku cuak jugak.Walau azryl bergerak seperti biasa didalam perutku namun aku mengambil keputusan untuk pergi ke klinik swasta yang biasa aku buat rutin scan dan doktor itu menyatakan semuanya baik-baik sahaja.ia cakap azryl besar.dia mensarankan aku melakukan c-sec.Kerana pertamanya dia tak dapat menjamin azryl akan ok dalam masa seminggu dua andai kata aku mahu menuggu sakit semulajadi .Sebabnya air ketuban ku makin menyusut.hohoho lantas dia suruh aku ke klinik ibu mengandung untuk mengambil surat refer ke hospital besar since aku decide nak beranak di hospital kerajaan..Time tu nak raya cina dah makanya dia suruh aku buat cecepat.aku pun pergilah ke klinik kerajaan lantas nurse suruh rujuk HKL.
tapi aku mahu bapak azryl ada bersamaku.Makanya aku tunggu la sampai dia sampai kl dahulu baru pergi HKl...............


Haish...setiap kali ingatan itu menerjah fikiranku , setiap kali itulah aku berasa bersyukur sangat kerana semuanya dipermudahkan walaupun aku melahirkan azryl secara pembedahan LCS.Aku terus boleh berjalan pada hari yang sama selepas pembedahan yakni pada pukul 2 pagi.Yang membuatkan aku buleh berjalan ialah kerana aku begitu teruja mahu melihat azryl sehingga aku time tu terlupa bahawa perutku telah selamat ditarah .hehehehe.Bunyi tarah tu ngeri tapi itulah hakikatnya. :)

Oho..hoho....dan hari itu 9 haribulan tiba lagi tapi azryl telah selamat berada disisiku dan perhitungan hari ini lebih kepada usianya yang bakal menginjak setahun.....

Cepat...begitu cepatnya masa berlalu...sehingga anak terunaku bakal meniggalkan zaman bayinya...zaman mulusnya dan tangan kecil yang menggapai kosong terawang awang diudara itu telah tiada lagi kerana diganti dengan celotehnya yang hanya dia sahaja yang tahu...tangan yang menggapai kosong dahulu kini boleh memegang dan membaling serta mengetuk apa sahaja yang disukainya...kaki yang dulu menendang lembut didalam perutku kini boleh berdiri dengan sendirinya walau masih belum menapak jauh lagi.yang masih tidak berubah ialah rambutnya.Sengaja ku tidak botakkan rambutnya kerana itu sahajalah tanda kenangan bahawa azryl pernah berada di dalam perutku selama lebih 9 bulan sepuluh hari..Walaupun rambutnya telah ku trim sikit kerana panjang namun rambutnya tidak ku buang kerana aku sayang...membuang cebisan yang keluar dari perutku dahulu...

Oh azryl, anak mummy yang mummy sayang....terima kasih kerana sudi melengkapkan hidup mummy dan abah ..terima kasih kerana memilih kami sebagai mummy dan abah kamu sayang...walaupun kami berdua tidaklah sempurna mana tapi kamu masih memilh untuk kami menjaga kamu.Tanggungjawab kami berdua besar dan berat dalam memastikan kamu berjaya didalam hidup kamu dunia dan akhirat namun kami berdua akan sedaya upaya memastikan kamu dilengkapkan dengan segalanya dalam memastikan hidup kamu dirahmati Oleh-Nya.

Pada hari jadi kamu yang ke satu tahun yang jatuh pada sabtu ini , maafkan mummy sayang, kerana tidak membuat sebarang majlis kerana kamu belum mengerti ape-ape..Cukuplah dengan majlis kecil-kecilan dengan kek sebijik dan dihadiri dengan orang yang menyayangi kamu seikhlas hati mereka.Atuk kamu beria-ria mahu buat BBQ , kita ikutkan saja lah sebabnya kamu cucu pertama mereka.Lepas tu kita akan luangkan masa secara berkualiti dengan abah kamu.Katanya ada hadiah istimewa menanti kamu bila dia sampai ke KL nanti..kita nantikan sesama ye sayang...

2 comments:

shaliza said...

Happy Birthday Azryl...semoga jadi anak yang bijak pandai & hormat oang tua.

Aan Andes said...

Happy birthday Azryl! How's Azryl with the new bbsitter? Hopefully he's ok..