Subscribe

Thursday, January 6, 2011

Lembu susuan

Cumel nyer lembu ni senyum... hehehehe. i loike.Hi peeps while i am on my daily web browsin..i stumble upon this blogsite.tajuk nyer carilah ibu susuan bukan lembu susuan...wooooo i think its too harsh la the statement.Susu badan adalah hak mutlak anak kita.Tapi ada diantara ibu yang kurang fortunate like me yang terpaksa mintak jasa baik lembu yang baik hati untuk bagi anak i minum susu nya.Yang i nak stresskan disini janganlah terlalu prejudis jika seseorang ibu itu memberikan susu lembu sebagai makanan ruji bayi mereka.tentulah ada sebab yang tersendiri jika mereka tidak mampu untuk memberikan susu badan mereka sendiri.Ada diantara mereka sampai hilang punca selepas pelbagai cara untuk memeriahkan susu mereka.Tidak ramai diantara mereka yang boleh pakai pump mahal seperti medela.Oh nanti ada suara sumbang mengatakan I-phong boleh beli, Crack berry buleh beli..pump untuk anak sendiri tak leh beli?Amboi sedap nye mulut ko joyah cakap macam tu sekali.Acu tengok betuika depa buleh beli semua tuh.....cakap mesti berdasarkan fakta bukan main sedap mulut ja.

To me ada sebabnya ALLAH bukak kan hati manusia tentang ilmu yang membolehkan bayi minum susu haiwan selain manusia.Maknanya DIA juga telah jelas ..sekali tak semua badan wanita dijadikan susunya memancut macam air terjun.Tok nenek kita dulu tak dak duit beli susu tepung.Apa depa buat kalu susu depa sikit.Lembu segar ada..depa perah la fresh-fresh kasi anak minum.Nenek achik pun cakap lagu tu jugak.Janganlah permainkan haiwan yang tak bersalah ni.Apa minum susu lembu tak buleh jadi manusia ka?yang kita dok minum kasi otak anak kita bertumbuh sel-sel baru waktu pregnant dulu susu ibu ka?enfa mama , friso mama, dan segala jadah susu untuk wanita mengandung tuh dibuat daripada apa?Bukan ke lembu yang bermurah hati sedekahkan susu depa untuk kita minum?

Pokok pangkalnya..cakap biarla berpada-pada...alhamdullilah susu kamu-kamu yang banyak bak air terjun tu masih ada...buleh buat penyusuan exclusif 2 tahun tapi bagi achik dan rakan seangkatan yang lain yang susu nya bak"hidup segan mati tak mahu nih"..kami still bagi jugak walaupun ciput.Dengan sokongan susu lembu ni alhamdullilah azryl sihat dan membesar dengan jayanya...

Baguih jugak kalu ada ibu yang nak sedekahkan susu mereka free-free kan?tapi sebagai islam ada syarat dan kehendak yang kita perlu akui sejajar dengan kehendak hukum syarak.Sama-sama kita educate diri kita supaya berjaya menyusui bayi kita dengan susu badan kita sendiri .Tapi perlulah dengan cara berberhemah.Buakn hentam menghentam..Not good not good...

Till then ..

(achik still breast feed azryl walaupun dah tak meriah dah susu achik...huhuhu..harap-harap sampai 2 tahun la dia dapat minum susu ibu nih...achik pun dah tak pump dah..sebabnya dia minum susu lagi banyak dari apa yang achik pump.Hanya di malam hari saja dia minum susu ibu.Siang siang minum la dia susu lembu cap enfa grow. gold yang ade segala macam AAAA tuh)

2 comments:

Aan Andes said...

Yup, key word is cakap berpada2 ;)

Ada susu, alhamdulillah.. tak ada, byk option, tak payah la nak cerca sesiapa kan. Maybe derang nak bagi awareness, tapi cara cakap tak ok kut ;)

shaliza said...

Betul tu, tak payah la nak tunjuk bagus. Tak semua ibu bernasib baik. Yang ada meriah tu syukur la.