Subscribe

Thursday, October 21, 2010

Kerana Kau ...

Beribu kali kemaafan yang kau pinta dariku,
Ku maafkan dengan harapan Kau Suami berubah,
Berjuta kali juga peluang ku berikan ,
Namun semuanya kau siakan.......


Kerana kau pernah berjanji ,
kerana kau mengajar ku erti sabar,
kerana kau pernah bersama dengan ku tak kira susah dan senang,
kerana kau pernah tunjukkan kasih dan sayangmu terhadap ku,

Aku....tidak boleh pergi begitu sahaja walau....hati ini meronta untuk bebas...
Bebas dari hidupmu....................................

Walau berjuta kali ku memohon untuk berpisah ,
Namun ku tetap berpegang pada suatu hari kau sedar,
Bahawa penipuan hanya membawa kepada kebinasaan.


Walau berjuta orang tidak menyukaimu,
Namun ku tetap berpegang teguh pada ikatan yang dinamakan Suami dan isteri.
Terlalu berat tanggungjawab isteri ini,
Namun sampai bilakah aku boleh bertahan?
Jika kau masih begini?


Kerana Kau adalah Ayah kepada dia,
Permata yang hasil dari ikatan kasih dan sayangku terhadapmu,
Aku Rela...menanggung segala duka yang Kau berikan terhadapku.
Padaku dialah sumber kekuatanku, untuk terus hidup dan menempuh cabaran ...dihadapanku.

Harapnya Kau Suami,
Berubah demi Dia.......................
Kerana Kau adalah Ayah kepada dia..................
Anak Ku.

1 comments:

Shafinaz said...

bertabah lah cik olin k? :)