Subscribe

Monday, August 9, 2010

Puasa Dan Menyusu

Semakin dekat hari nak berpuasa semakin hatiku gundah gulana...menjadi ibu buat pertama kali memang pelbagai soalan yang bersarang di benak fikiran ini....
Antaranya ialah Ibadah Puasa,telah banyak blog ibu menyusu kulawati, rata-ratanya mengatakan mereka tidak mempunyai masalh sewaktu dibulan puasa,tapi pemakanan haruslah dijaga..agar susu yang badan kita hasilkan berkualiti....

Ku amat pasti bahawa bilangan gelas air kosong adalah harus melebihi 6 gelas..abc ka,lai chi kang ka, tolak tepi dulu..(sob...sob...)kurma adalah wajib, susu juga sama(nampaknya kena consider susu anmum semula).Nasi?oho..itu juga adalah menu wajib.Kalu buleh isi lagi perut tu , silalah ambil oats...


Last sekali mintak banyak banyak kat yang MAHA Pencipta, segalanya dibawah Ketentuannya...
Minta diberi kekuatan untuk menhan segala cabaran semasa dalam proses membekalkan anak yang disayangi dengan susu badan kita sendiri.Ku bukan nya taksub dengan anugerah ini.Hasilku tidakla semasyuk ibu -ibu yang penuh freezernya dengan susu,biarpun cukup makan namun ku puas dengan dapat memberikan anakku susu badanku walaupun hanya 3-4oz sahaja...

**Ku amat sedih dengan satu pernyataan rakan blogger lain.Ade pernyataan yang agak kasar bagiku.Carilah ibu susuan bukan lembu susuan...bagiku ayat itu tidak wajar digunakan kerana, tak ramai ibu-ibu yang berhubung secara maya...atau wayarles ni..jadi susu lembu adalah satu alternatif.Nak buat macam mana kalu hasil nya kurang dan tak dapat mengenyangkan anaknya.Ada sebab kenapa ALLAH jadikan susu lembu itu buleh diminum oleh manusia.Ia bukan benda haram pun...Ku amat memahami perasaan ibu-ibu yang sedaya upaya nak menyusukan anak mereka, tebal muka tanya sana sini tips banyakkan susu badan kerana aku juga berada didalam kelompok itu.Puas aku cuba itu dan ini..orang kata anak pertama memang macam ni,badan baru nak menyesuaikan diri, ha esok anak kedua dan ketiga okla...namun ku tidak mengalah, walaupun aku sulamkan azryl dengan susu lembu,alhamdullilah, dia juga sihat...
So ibu-ibu menyusu diluar sana jangan mengalah ok?biarpun kita sulamkan dengan susu lembu tapi kita tetap berusaha dan akan terus berusaha memberi susu badan kita walaupun setitik dua...
Chaiyok!!

ibu-ibu muda seperti saya apakah persiapan anda dalam menyambut bulan ramadhan dan menyusukan anak dalam masa yang sama?kind to share with me?

0 comments: