Subscribe

Tuesday, August 10, 2010

Doaku sentiasa bersamamu

Buat Rayyan ariff yang sedang berjuang untuk hidupnya...



Tabahla sayang kerana ketabahanmu menjadi nadi kekuatan ibumu untuk terus berjuang

bersamamu...





Tak kala umat islam bergembira menyambut kedatangan bulan yang penuh berkat ini, rayyan terlantar di katil hospital melalui satu lagi siri pembedahan kepala...





Ya tuhan, ku sebagai ibu juga tidak tahan melihat puteraku sakit walaupun dia hanya demam biasa namun anak ini?mempunyai ibu yang sungguh kental jiwanya bertarung untuk menyelamatkan anaknya...Kasihankan ibu rayyan tuhan..Sembuhkanla putera kecil ini daripada penyakitnya..



Sempena kedatangan Ramadhan ini ku memohon kepada seluruh pembaca blog ku untuk berdoa buat adik rayyan semoga dia cepat sembuh, semoga masih ada sinar didalam senyumannya, semoga dia kembali ceria bersama kedua ibu-bapanya...amin



Buat kawan kawan maya ku , jikalau anda sekalian ingin mengetahui cerita selebihnya, lawatla blog ibu yang mempunyai jiwa yang kental ni di kernakasihkita

Amin....

0 comments: