Subscribe

Friday, June 25, 2010

Anak

Syahdu sungguh di pagi hari ini...Jumaat...hari azryl anakku selamat dilahirkan kedunia menerusi pembedahan ceaserean....Hari ini hari jumaat juga aku bergelar sebagai seorang ibu.

Ku gembira kerana ku mempunyai anak yang cukup sempurna sifatnya, yang sihat tubuh badannya tapi disatu sudut dunia, ada yang bersedih kerna kehilangan anak kecil yang tidak sempat melihat dunia...entri ini masih berkisahkan seorang bidadari kecil bernama Alanna Qish.
Entahla walau ku tak pernah berjumpa dengannya, dengan hanya menjadi silent reader,dan mengikuti perkembangannya,ku terasa dia bagaikan anakku sendiri.Setiap kali ku menatap gambarnya pasti air mata ini mencurah curah ..tak tertahan olehku..Alanna mengajar aku erti sebuah kasih sayang.Alanna mengajar ku erti pengorbanan seorang ibu terhadap anak nya ......
Setiap kali ku tatap wajah anakku azryl , setiap kali itulah ku sedekahkan alfatihah buat alanna...
Ku berjanji ke atas diriku sendiri agar mendidik azryl untuk menjadi seorang pemimpin yang baik.bertatasusila, berhemah tinggi.....tinggi sungguh cita-cita ku terhadap azryl.

Azryl sayang......kasih mummy terhadapmu tak pernah berbelah bahagi.Setiap kali mummy teringatkan mu gambar azryl senantiasa tersimpan rapi di pejabat mummy.
Sayang,mummy nak kita sama-sama bersyukur diatas nikmat yang diberikan,kerana ade diantara kita tidak bernasib baik ...sentiasa merendahkan diri dan sentiasa merapatkan diri dengan TUHAN ye sayang.......


Semoga azryl, anak mummy sentiasa dilimpahi rahmat oleh YANG KUASA.Muah...mummy loves u very much

0 comments: